Saturday 23 June 2012

Disebalik Tabir

Di cuci dulu oleh cikzaitul :)
Assalamualaikum ,


Haaaa..korang aku dah menjalani kewajipan BW di blog-blog korang :)
Pheww..Rasa LEGA menguasainya.Maaflah kalau aku BW tak sampai kat Blog korang..
Tape ada masa , aku singgah yea :)
JANJI ...
(Sebab tak BW pun PPP pun tau )
hehheheh..

Disebabkan aku menyahut cabaran NONG , maka terciptalah julung-julung kalinya cerpang pertama dari aku ..
Perghhhh.. Aku TABIK TOINK-TOINK kat blogger-blogger yang tak jemu , tak kering idea tetiap hari ada je cerita baru..
Aku nak buat sambungan cerpen yang bacanya tak sampai 15 minit pun ,
Berhari-hari memikirkan tau ..
Tengs teramat kat korang-korang-korang yang membuat masa-masa aku terluang tuh terisi dengan karya-karya korang-korang-korang

Ok , Ini lah cerita Disebalik Tabir CERITA AKU & KAMU versi aku :)

Memula aku dah putus asa  -_-" siyusss..



Mengalahkan DIRECTOR Ombak Rindu pula .. hahahhahaha !

Akhirya makan eskem!!  Nong , nah eskem untuk ko..Sebab ko PUJI aku kannn :)

hehehehhehehhe :)

Ini lah ABI :)

Dan inilah ABU :)
Jemput makan semuaaaaaaaaaaaaaa :)

Friday 22 June 2012

Khas untuk Dia :)

Di cuci dulu oleh cikzaitul :)
Assalamualaikum ,




M.Suhaidi :)
22 Jun 1987
Isnin

Cerita Aku & Kamu (Versi Aku )

Di cuci dulu oleh cikzaitul :)
Assalamualaikum , sambungan dari cerpang

 Cerita Aku & Kamu 1st dari Nong



Beep .. beep ...beep..telefon Zaitul berbunyi menandakan 1 mesej diterima . Lantas dia membukanya ,
                                   

                                                                "Kita putuskan pertunangan ini "

                                                                                                                                   -ARYAN -



Setelah membaca mesej yang di terima , Zaitul menangis teresak-esak  , dirasakan satu batu besar menghempap kepalanya .Dia menangis terus menangis .

.......................................................................................................

Faris , sahabat Zaitul yang selalu menemani di waktu dia susah dan senang setelah Aryan menyepikan diri  .Dialah juga orang yang paling bersedih dengan perkhabaran ini , dia selalu memberi semangat kepada Zaitul . Baginya ,

                   "  Itulah peranan KAWAN , dia memerlukan masa untuk melupakan peristiwa ini "


2 Bulan selepas peristiwa itu , Zaitul menjadi orang yang sentiasa mengelak untuk berjumpa dengan  Faris dan Aryan , tetapi ajakan Faris
 kali ini membuka hati Zaitul untuk bersua-muka , melupakan kisah lama . Demi persahabatan mereka !! dan Zaitul juga rindu pada kelip-kelip yang sudah lama tidak dilihatnya .
  

“ Kamu berdua memang bodoh..” Faris dan Aryan tersentak. Suara Zaitul kedengaran dari belakang. Mereka serentak menoleh. Melihat Zaitul merenung mereka tajam.


“ Sudah berapa lama kau di belakang?” Tanya Faris sambil berdiri di ikuti oleh Aryan.


“Cukup lama untuk mendengar semuanya..” Kata Zaitul sambil menjeling Aryan. Aryan tertunduk. Tidak berani memandang Zaitul.


“Kenapa kau datang sini?” Tanya Faris sambil menikmati wajah Zaitul yang di rinduinya. Ada ramai gadis tapi pelik sungguh mereka berdua telah tersekat dengan gadis yang sama.


“ Sebab aku rindukan kamu berdua..” Kata Zaitul jujur.


Ya , Zaitul kena kuat , kena pulih dari kekecewaan itu , kerana Zaitul terlalu menyayangi persahabatan itu .


Faris : kau datang dengan siapa ? setahu aku , kau mana ada helipkopter macam Jejai Fasha Sandha .
 
gurau Faris , memang Faris pandai melawak . Sayang ... hati Zaitul bukan dengannya .


Walaupun dalam hati masing-masing terluka , Zaitul pastikan hubungan ini tidak akan terputus dengan kehadiran cinta . Baginya ,

                    "Perasaan CINTA inilah merosakkan hubungan persahabatan yang terjalin "



Faris : " Atul , Aryan ... aku akan kahwin bulan depan , dengan gadis pilihan aku "

Faris bersuara memecahkan keheningan petang itu ...

Zaitul : " Haaa !! baguslah . Aku tumpang gembira . Tak caya cuba kau tengok gigi aku ni "
sambil menyengih-yengih depan muka Faris .

Aryan pada petang itu hanya mampu diam , tiada reaksi ditunjukkan pada wajahnya .
"Baru tadi faris cakap sayang kat Atul , sekarang ni nak kawin pulak ? " ngomel Aryan didalam hati . Adakah dia sudah tidak kenal lagi dengan sifat Faris ?? Mengapa Faris mudah berputus-asa sepertinya .



Oktober 2012

" Kami datang dengan hajat dihati , adakah bunga di taman sudah di sunting orang ? "

Zaitul telah dilamar orang . Suhaidi nama lelaki itu . Sudah 2 bulan Zaitul menjadi tunangan orang , selama itu juga , dia tidak pernah mendengar suara atau melihat wajah lelaki yang menjadi tunangannya .


"Aku terima dia bukan kerana kecewa , Aku yakin dialah jodohku . Allah swt tahu yang terbaik untukku "

Itulah kata-kata semangat yang selalu Zaitul sematkan dalam hatinya .

Zaitul menerima pinangan lelaki itu dengan syarat . Dia tidak mahu persandingan , cukuplah dengan majlis kecil-kecilan .

 

 

 

Januari 2013

 

" Aku terima nikahnya Noor Zaitul Liyana dengan Mas kahwin RM 80 tunai "       lafaz lelaki yang kini menjadi suaminya .

Akhirnya Zaitul telah menjadi isteri kepada Suhaidi .
Dia menunggu kehadiran pengantin lelaki dengan perasaan berdebar-debar  . Inilah kali pertama Zaitul bersua muka dengan Suhaidi , suaminya  . 

 

 

 

Sesi Pembatalan Air Sembahyang

Zaitul melihat kelibat seseorang  yang dirasakan kenal .  Dia mahu pengsan !!

 

 

Suhaidi : Assalamualaikum , Puan Zaitul .. Saya ingin memperkenalkan diri saya .Saya Mohd Faris Suhaidi . Faris berbisik ke telinga Zaitul .

Zaitul terkedu .. rupanya Suhaidi itu adalah Faris .. Mengapa dia lupa yang satu itu .. Nama penuh Faris !!

 

 

 " Kau memang pelupa Zaitul . Bukan ke kat tempat kerja kau pernah dapat gelaran  "RATU PELUPA " . Memang itu sifat kau . Btw , Aku ucapkan Selamat Pengantin Baru kat korang . Aryan mencelah .

 

Pada majlis yang sederhana itu , Zaitul berasakan bahawa dunia ini penuh kejutan . Memang ada hikmah disebalik semua peristiwa ini . TERIMA KASIH YA ALLAH !!

 

 " Sebenarnya hubungan CINTA , tidak merosakkan persahabatan "

Zaitul kali ini  salah sangka , terpukul dengan pegangannya .Dengan kesungguhan Faris terhadap dirinya , dengan penjelasan Aryan . Dia kini benar-benar jatuh hati dengan suaminya .

 

"Kau sempurna bagiku , Tak kurang sesuatu , Kau terima apa adaku "

 " Ku sempurna bagi mu , Tak kurang sesuatu , CINTA BERSATU "

 

                                                                              -Liyana Jasmay -



Pheewwww .. habis jugakk.. yahoooo !! Akhirnya sweet ending dari aku ..
1st cerpang dari aku yang memang tak reti nak bermadah puitis , or wat ever  :)
tapi itulah aku :)


Hope Enjoy Membacanya ,
Ape lagi , sila lah komen :)
Tengs :)

 

 

 

 

Sunday 17 June 2012

Selamat malam YUNA :)

Di cuci dulu oleh cikzaitul :)
Assalamualaikum ,

Menguap kena tutup mulut :)
Selamat malam sayang-sayang semua :)  kelassss kau !! hehehhehheheh
Aku mungkin tidur lambat sebab nak memikirkan ending untuk cerpeng Aku & Kamu verse Nong  tuh :)
Sila la Bw kat Blog Nong ni if korang FREE...  :)
Dan pemberitahuan Tajuk aku di atas memang takde kena mengena dengan N3 ni.. hehehhehh..
Tengok aku SAKAT korang lagi :)
Jangan marah ..nati raya aku mintak maaf yea :)
P/S : Problem aku dari dulu sampai sekarang adalah aku SENGAL tang tajuk je..walaupun ISI dah ade :)
Layan je lah ehhh :)

Saturday 16 June 2012

Memori

Di cuci dulu oleh cikzaitul :)
Assalamualaikum ,

Dalam banyak-banyak binatang , binatang paling aku takut zaman sekolah rendah dulu selain pacat , lintah adalah KELIP-KELIP :)
Aku tau korang mesti pelik..mengapa aku takut kelip-kelip..
Aku bukan takut der.. Aku cuma takut dengan namanya selain kelip-kelip tuh..Arwah nenek aku pernah menamakan kelip-kelip tu sebagai KUKU CINA MATI .. Phewww ...SEREM giler kott dengar nama tuh .
Aku budak sekolah rendah mestilah percaya nama tuh..zaman otak cair sangat :)

Arwah nenek aku namakan KUKU CINA MATI tu sebab , aku dedulu asal je balik kampung , sibuk panjat pokok sane-sini , main lelayang kat sawah padi  , main kejar-kejar sampai dah maghrib pun tak reti nak balik rumah .. Jadi terciptalah nama kuku cina mati tu sebab nak takutkan aku supaya aku sampai rumah before senja .

Bila dah di takutkan dengan nama macam tu , kompom lah aku ni nampak kelip-kelip lalu je , aku langkah seribu sebab dah set dalam mind kuku cina mati ni kejar aku dan nak tangkap aku  ..   -__- "
Padahal itu cuma  kelip-kelip ..
Bukan aku nak kata aku ni BANDAR sangat , tapi aku ni SENGAL la makneye.. Hahahahhahah !!


Sekarang aku tak takut dengan kelip-kelip aka kuku cina mati nih..Malah kalau boleh aku nak tengok sendiri ciptaan Allah swt ini depan mata :)
Tapi itulah , menunggu la jugak sapa nak bawakkan aku nih..
Pergi sendiri memang takder der sampai ke Kuala Selangor tuh ..
Sebab aku ni mane ade kenderaan or helikopter macam Jejai Fasha Sandha tuh ..
#tetibe


Tengoklah ada rezeki , aku sampai lah kannn :)

Kepada sesape terasa dengan N3 aku yang macam ada kaum-kaum ini , aku mintak MAAF awal-awal sebab aku bukan nak cari gaduh tapi nak share zaman agogo aku sahaja :)



P/s : Aku rindu kat arwah nenek aku , korang-korang-korang sudi-sudi lah sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah nenek aku dan juga lelain . 


Amin -amin - amin :)
Tengs :)

Friday 15 June 2012

JEREBU :(

Di cuci dulu oleh cikzaitul :)
Assalamualaikum ,

Tempat aku dah JEREBU ,
Tempat korang HADE ??

wuwuwuuwuwuwuuww :(

Di ambil pada 15.06.2012 Jam 15: 45
Betapa teruknya jerebu melanda kawasan aku , kalau kena kat kawasan korang , korang silalah jaga kesihatan :)
Sepatutnya kawasan aku ni area 4 petang tuh terang bederang dengan matahari tak segan-segan nak bakar kulit aku time nak pergi kerja tau..
Hari ni lain pulek..aku ingat ade kebakaran..rupanya JEREBU :)
Selamat datang Jerebu . :(

Nasihat Untuk korang dari aku camne nak mengatasi sakit di waktu Jerebu :

Minum air masak bebanyak , Jangan memandu sambil bergayut di telefon ,
Puasa sila ganti , Hutang duit orang sila bayar ,
Dan jangan LUPA tempahan baju raya mungkin dah nak di tutup :)

P/S : ini lah nasihat nurse tak bertauliah :)
Hahahah !!

Aku rasa jerebu ni pasti merebak ke kawasan-kawasan lain kott ..
Nati sakit silalah jumpa doktor bukan tok ketua or dukun-dukun :)




:) Tetap senyum walaupun ade parut jerawat kat dahi  :)

HAHAHHAHAHAHAH !!
Teringin sangat-sanat nak tengok kelip-kelip kat Kuala Selangor :)
Itu ari LALU kat tepi signboard  je.. cisssss dalam hati je time tuh :(

Thursday 14 June 2012

Aku share kat korang eh :)

Di cuci dulu oleh cikzaitul :)
Assalamulaikum ,

Kisah Komik HANTU yang aku layang sampai LEKA :)
Dulu aku layan kat CD , U-tube , Mastika tentang cite-cite serem ..
Now dah ade komik ... bukan sebarangan komik korang..
Mau tercampak takpun Jerit sesorang kat Rumah or tempat keje ..
P/s : Nasihat aku ini amatlah benar tau !!
Aku penah Jerit tau..hahhahahah !!
Tengs kat PPP share LINK ni ..
Nati-nati KLIK la , kalau da taktau nak BW kat mane.. :)

Ok-ok moh join baca :)

Sila Layan ni :)
Walaupun aku tak paham, aku LAYAN jugak lah.. :)

Ok aku ade satu LAWAK ni tau ,
Nak share kat korang bagi relaks sikit otak korang tuh..:)


Situasi di Kedai mamak

A : Mamak roti NAJWA LATIFF satu !!

Mamak : Haaa.. roti ape tuh ??

A : Roti KOSONG-KOSONG-KOSONG :)

Kan lagu najwa latiff tu ade KOSONG-KOSONG-KOSONG :)

Hahahhahahhaahah !!

Wednesday 13 June 2012

Betul tak :)

Di cuci dulu oleh cikzaitul :)
Assalamualaikum ,

Pernah tak korang dah bangun TIDUR , pastuh tidur balik ingat nak LELAP 5 minit ,
Lepastuh TER-lena bagai , Dah LEWAT nak pegi kerja :)





#Aku selalu kene macam tuh :)

Sunday 10 June 2012

Malikka Sherawat :)

Di cuci dulu oleh cikzaitul :)
Assalamualaikum , :)

AKU ADA JERAWAT besar gedabak satu je KAT DAHI , *sigh* PASTUH TAK MAU-MAU  pulak SURUT
:(
SAKITT WOOOOO ...
Jadi takde kene mengena dengan pelakon seksi-seksa Bollywood Malikka Sherawat :)
Muahahhahahaah !!


#Sebernanya aku da BUNTU .



Wahai SPAMMER yang baik hati :) ,
Aku nak pesan nih , Kau jangan JAHAT dengan aku ea..plishhh..plishh...plissshhh :)
Baik kau buat blog bagus-bagus takpun Hebat-hebat , nati aku boleh follow kau :)
Ok ?? Aku sayang blog aku , harta aku jugak ni :)

Tengs kat  paripariputih atas INFO kamu :)

Saturday 9 June 2012

Kuat MAKANNNNNN :)

Di cuci dulu oleh cikzaitul :)
Assalamualaikum ,
Dengan ini aku mengaku aku seorang yang KUAT makan ..Kuat makan janji makanan , Bukan kuat kencing ke , Kuat harimau ke , sumer tu takde kene mengena noks.. :) Eh , ade noks ke kat sini ??  wuwuwuwu  -__-"

Aku memang pencinta makanan , tengok perut ler.. Hahahahah ! Biasalah orang yang kuat makan ni badan dorang mesti SOLID-MOLID macam Angelina Jolie .. Okey itu aku tipu .. :) biasanya badan tu akan membesar sikit  takpun menaik sikit sebab KALORI makanan yang kita ambil melebihi kuantiti ..Untung pada orang-orang yang makan kuat , tapi badan ciput je .. Siyus , aku jeles doe ..
Mengikut perkiraan aku ,  orang yang kuat makan tapi berat tak naik-naik tu sebab kadar METABOLISME badan dorang tinggi .. Jadi TAHAP METABOLISMA pada badan aku amatlah kurang :( . Jadi terimalah hakikatnya kena makan dengan sedikit .. Pastu kena eksesais .. Ye dak ??


Okey Jum Tanye soklan pastuh jawab sindrik :)


Apakah makanan kegemaran kau ??

Aku suka makan apa-apa tentang AYAM , tak kesahlah ayam betina ke , ayam jantan ke.. :)

Apa makanan NON faveret kau lak ?

Makanan yang kategori pedas &  masam :)

Apa makanan kelakar yang pernah kau makan ?

Aku pernah makan SUSHI , memang la sushi tu tak kelakar .. tapi yang kelakarnya aku dengan abah aku pegi Kukus BALIK SUSHI  yang memang kene makan mentah-mentah   -__-"

Kau terrer makan atau terrer masak ?

Aku terrer makan dan juga terrer masak megi :)   (masak jugak lettew )

Apa makanan paling mahal kau pernah makan ?

Bagi aku makanan MAHAL adalah : Dah la kat pinggan tu letak ciput je tapi bil mencecah RM puluh-puluh  dan tak SEDAP :)

Errrrrr ....  Banyak dah soklan-soklan ni, Korang ade soklan ke? :)
Apepun makanan ke makan ke janji makanan yang kita ambil tu dari sumber HALAL & BERSIH :)
Makan lah tanpa was-was :)

Friday 8 June 2012

Segmen : Pencarian Blogger Follower Bawah 500

Di cuci dulu oleh cikzaitul :)




Assalamualaikum :) Haa.. ni segmen pencari follower below 500 orang .. mai-mai lah kalau nak join ea :)

Kepada : Miss Z , Follower aku taklah banyak ..Cecah seratus pun belom lagi .Baru jew 77 orang :)

Cara-caranya mudah jea..
memulerr,

- Follow blog miss z (nanti miss z akan follow korang balik )
- Letak header miss z
- Buat entri  bertajuk : Segmen : Pencarian Blogger Follower Bawah 500
- Nyatakan bilangan follower korang :)
- Pastikan follower blog korang  KURANG daripada 500 orang tau !!
- Tag sesape kalau mahu
- Tamat pada  12 JUN 2012 , Jam 10 pagi waktu Malaysia oke :)


                                                                   Aku TAG :
                                                                 

                                                                  Akak vroom
                                                                      Diera
                                                                       Nong
                                                                       Reen


Done :)

Thursday 7 June 2012

Time for Gegurl

Di cuci dulu oleh cikzaitul :)

Assalamualaikum , yeayyy !! card reader aku dah beli baru .. # tetibe je .. :)

OK-ok , nak bagitau 3 Jun lelepas , Aku lepak MID VALLEY ..
Eleh , lepak MID pun nak kewpoh ke ?? hahhahahha.. HARUSLAH kepoh kan, sebab inilah first time aku jupe rakan-rakan dalam fesbuk..
Dah bertahun kenal kat fesbuk , Barulah dapat jupa depa-depa nih..
Akhirye... :)

kiri tu si Ratu celakz or Ayu , kakak yang manje :)

yang kiri tu Rabi aka Qsye Qtam


Aku rase korang kenal kan aku yang mane satu kan..heheheheh..

Mid pada time tu mak aih..punye la ramai orang ..

Korang tengok ea ramai tak ramai orang , tapi aku lek je nak join gak tengok Si tikus COmey tuh....



Da puas tengok Si tikus tu , aku bawak diri , makan dulu ..



Time nih Si Ayu , dengan Rabi tak datang lagi..tu yang aku explore satu Mid Valley sesorang..Pheww.. rase GILA je sebab aku sesorang je jejalan  -__- "





All Follower aku yang baru-baru Follow aku ni TERIMA-KASIH sebab sudi Singgah :)
Aku janji aku memang akan SINGGAH puye blog korang dan follow korang :)
jangan risau yea..
Aku terlampau kene bahagikan masa, sebab ini komputer COMPANY puye...
HEHEHEHHEHEH :)

#Doakan aku ade rezeki nak beli laptop :)
bayar bebulan pun tape :)

Daisypath Anniversary tickers