Sunday 24 February 2013

Jatuh cinta lagi ke?

Di cuci dulu oleh cikzaitul :)
Assalamualaikum ,

Di satu petang yang indah ..
Kawan aku mesej  kat aku , Katanya die nak menjalankan misi mengorat.
Hmm , aku mampu tersenyum bila terbaca mesej tuh . Sungguh berani .. Ngeeee...
Dalam erti kata lain , adakah kawan aku tu jatuh cinta ??


Haaa, ini lah tanda-tanda korang dilamun cinta


1 ) Korang tak boleh berhenti tersenyum
pernah tersenyum sesorang dimana saja korang berada selepas dia contact korang ?
walaupun die hanya mesej " hai awak ?" takpun call korang sekejap ,
pastu terasa sayang pula delete mesej-mesej dia dalam henpon , padahal mesej tu dah berbulan dalam inbox korang. tak caya pegi recheck balik .. ehhhh...


Ohh..Die mesej lagi lahh.. *SENYUMMMM lagikkk *


2) Ambil berat
Korang secara tetiba ambil berat tentang dia , samada latar belakang dia dan juga perkembangan tentang dia.Tak kisahlah die dah makan ke , sakit pening ke, semua nak tau.Secara otomatik korang dah macam polis sentri kannn :)
dan korang nak jadi orang pertama tahu tentang si dia , pastu mulalah godek-godek rahsia si dia tu dengan kawan rapat dia kan..


 



3) Cemburu dan Gelabah
Cemburu tu tandanya sayang , cemburu tengok kalau dia layan orang lain .
mulalah gelabah bila tengok si dia berborak-borak dengan jantina berlawanan . lepas tu gelabah si dia tak mesej kat henpon korang . gelabah  sangattt  kannn..

 




4) Rindu
Setiap saat takpun minit , korang akan curi-curi usya si dia , Samada tengok dia dalam fesbuk ke, ngintai dia sewaktu korang otw nak balik rumah ke, takpun dengar suara die pun terasa hepi sangat , pastu terbayang pula wajah si dia , tersengih sesorang . Mula lah rindu nak dengar lagu feeling-feeling , Rindu dengan bayangan dia .

                                             Gambar takde kene mengena *hikkkss*

Apepun C.I.N.T.A itu kurniaan tuhan , Setiap orang ada definisi masing-masing kan.
Aku hanya berkongsi rasa sahaja :)

Saturday 16 February 2013

Oppa Oppa OOpocott !

Di cuci dulu oleh cikzaitul :)
Assalamualaikum ,



Pernah tak korang berjalan maraton di satu blog ke satu blog (BW) tetiba tertengok blog tentang GAY........
menceritakan tentang cinta abadi mereka , gambar tentang pasangan terlarang mereka..
majoriti Melayu beb!! T_T
Wuwuwuuwuwwu..bayangkan aku mau pitam lepas baca coretan tentang cinta diorang.
Terus tekan X kaler merah  laju-laju.
Mentabah ye blog tu ramai pulak pengomen ber-AKAL (senget).


Memang blog adalah coretan peribadi , semua orang ada hak privasi .
tapi mengapa wujud segelintir manusia macam ni?


Kaklimah pun berkata : " Ape lah nak jadi bebudak sekarang nih.."

Notacuci : Erk.. Aku masih lagi  seram , Fuuuuhhh ,mengalahkan seram tengok cerita hantu kat tv.

Friday 15 February 2013

Selamat Hari Lahir Sayang :)

Di cuci dulu oleh cikzaitul :)
Assalamualaikum ,
Dilahirkan pada pukul 4 pagi bersamaan 15 Februari 198... ( Rahsie )



Dulu aku kenal dia macam nih ,

Lepas tuh die jadi  macam nih ,
 
 
 
Dulu header die macam nih



 
Sekarang dah jadik macam nih :)
 


 Pertemuan kita yang pertama , Betapa sengalnya kau !!


 
              
 

 


 

 




Dia gadis misteri (tak suka gambarnya di tayang )
Cepat mesra , Cepat bergosip ,
Hati tisu tapi tak mengaku ,
Tak suka pedas,
Suka Asam ,
Not girly sangat katanya,
Suara macam Ella ,
Tak suka kucing ,
Bini James Bond ,
Memandu laju 150km ,
Apepun tentang gadis ini , dialah kawan aku .
Kawan yang aku dikala senang , dikala susah .
Dia lah kucing aku , Dialah bantal peluk aku.
Terima kasih ya Allah s.w.t aku dipertemukan dengan gadis ini :)












                                        Kepada : Iffah Afeefah Bt Mohamad Arip.
 
Dengan ucapan ini aku ucapkan,

Semoga dikurniakan iman yang sempurna,

Akhlak yang terpuji,

Pekerti yang mulia,

Umur yang bermanfaat,

Rezeki yang halal,

Ilmu yang berguna,

Jodoh yang membahagiakan,

Hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.
Dan
Aku Sayang Ko My Gay :)
 

Wednesday 13 February 2013

Ketiak kau , ketiak ku jua.

Di cuci dulu oleh cikzaitul :)
Assalamualaikum,

Situasi Di Channel tiga :

A : Alamak !! ketiak saya begitu hitam , (sambil membelek-belek ketiak di depan muka si B ) ape perlu saya lakukan ni...wuwuwuuwuwu...
B : Mengapa perlu risau ..Gunalah Ubat ketiak Mak Gayah , kompom putih berseri-seri dalam seminggu sahaja .

Haaaa..pernah tak tengok iklan macam tuh?
Alaaar... iklan tentang gadis-gadis, mamat-mamat yang eksaited nak putihkan ketiak .
siap tayang-tayang ketiak kat orang ramai bila ketiak dah cerah berseri.. Ehhh..
Tapi betul ke kalau pakai deodorant dalam iklan tu , ketiak akan putih berseri ?


Okey-okey berbalik pada tajuk, ketiak ni selain dari masalah kehitaman , ia juga membuatkan seseorang mengalami masalah bau badan malah berpeluh di area tuh. Ewww..
Secara tak langsung bila mengalami situasi di atas memang kita tak selesa kan ?
Kalau diri sendiri tak selesa , apatah lagi orang sekeliling kannn.. Hmm..

Kalau korang bokoit israel lakhanat , korang boleh guna babby oil yang biasa brand malaysia :)
 
Kali ini aku sharekan kat korang petua  untuk memutihkan ketiak korang , menghalang bau badan dan juga menghalang pengeluaran peluh hanya dengan menggunakan Babby oil sahaja..
Aku ulang BABBY OIL sahaja.
Tak kesahlah jenama apapun , janji Minyak bayi ..
Sebab aku pernah try , peluh pun takde tau..
Dulu sebaldi peluh kalau nak pergi kerja,
sekarang setitis peluh pun payah nak jumpe. (Fuyooo !!! )
 

Bila dah pakai babby oil ni kompom badan tak berpeluh sebab minyak menghalang pengeluaran air peluh . (itu pada aku , sebab aku dah buat ujikaji)
tapi satu pesan aku , janganlah korang tak dapat baby oil ,
 korang hentam minyak masak , takpun minyak tanah .. apa lagi guna minyak dagu ..
itu segala kos kerugian aku tak tanggung ..
Oh yee..
selamat mencuba yeeeaa :)
 
P/s : Minyak masak bekas gorang ikan jugak boleh buat losyen kat kucing kurap..
Lumur-lumur kat badan kucing tu.
Memang berhasil :)
 
 
 


Monday 11 February 2013

Ketakutan dan Kesukaan.

Di cuci dulu oleh cikzaitul :)
Assalamualaikum ,



1) Ketakutan Naik flight
Kemahen , aku nak sangat naik flight .. Amek kaaauu..
Ini semua gara-gara pergi langkawi .
aku akui rupanya aku mabuk naik flight , OMG, baru aku sedar.
Naik flight terus aku loya..Brup..perut aku melambung rasanya..
Camner dengan visi aku nak pergi Pulau Mabul nanti?
Oh , korang ada petua tak?






2) Kesukaan Pergi berjalan-jalan AKA Berjimba-jimba.
Aku tak tau lah , adakah aku ni jenis kaki sosial? kaki warung ?
ehh...tak tak tak..
aku suka berjimba sahaja.bukan pergi kelab dangdut , bukan mabuk-mabuk.
aku suka pergi meneroka keindahan alam,
lepak-lepak sambil gelak-gelak ,
contoh : campaklah aku kat mana-mana pantai - kompom aku jerit keriangan !!
Errr... korang jum lepak-lepak eh..
hehehehehe..


Dikbee aku pinjam pic hang sat !
 


3) Ketakutan haiwan banyak kaki
Ah..part ni semua akan kompom , kaum perempuan akan list kan jugak haiwan ketakutan dorang.
aku paling takut haiwan ulat gonggok.Ewwww.. paling takut.. "takut haiwan tu masuk dalam telinga ai la "  T_T





Kesukaan pada Memasak
Aku suka masak ... tak kisah masak apa pun.. Dan faveret tu sampai aku usha blog tentang masakkan , membazir duit beli buku resipi itu dan ini .Hmmm...tapi tu lah..aku sibuk pula .. Wanita bekerjaya kannnn... (ayat klise)
Apepun bak kata omputeh " What the rock is cooking , I Love Cooking "






Okeeyyy..takmau cerita banyak .. Lagi banyak aku share kat korang , lagi banyak korang jatuh hati..
ehhh...
Haaahahha...
Cume nak tau je..apakah korang punye ketakutan dan kesukaan pulak??
Share meh !!





Sunday 10 February 2013

Kembali :)

Di cuci dulu oleh cikzaitul :)
Assalamualaikum ,


Kembali pada dunia ini ,
Dunia yang aku jatuh cinta secara diam-diam..
Ahh..betul kata orang ,
Cinta pandang pertama memang tak boleh dilupakan .
Cinta yang wujud pada dunia blogging setelah aku mengenalinya.














Daisypath Anniversary tickers