Sunday, 20 April 2014

Kaki Pukul Kaki Maki .

Assalamualaikum ,

Sebenarnya aku menyampah , loya , nak maki hamun pada lelaki jenis kaki pukul , kaki maki anak bini.

Seriusly aku menyampah , rasa nak bagi penumbuk sulung ni ke muka mereka,
pernah satu situasi Bf marah Gf maki hamun depan public , apa kejadah semua ni beb ?? baru jadi kapel-kapel , kau dah tunjuk belang samseng .
Aku pernah dengar luahan kawan aku , disepak terajang , dimaki hamun dengan suami dia , tapi dia masih bertahan demi anak-anak. Kau tak nampak ke effort bini kau nak bertahan dengan kau ?? otak kau mana??

Mana Kasih sayang ? mana janji sewaktu akad nikah mahu melindungi isteri kau?
kaki pukul  , kaki maki ni mereka ada di mana-mana , ada di sekeliling kita . Masih ramai bertopengkan haiwan , sebab depan orang lain mulut manis, depan anak bini kau garang , kurang ajar macam singa, naga dan haiwan apa ntah layak aku bagi kat kau.

Belajarlah erti sabar , Belajarlah erti istigfar banyak-banyak. Syaitan sukalah kau marah-marah , pukul-pukul depan orang ramai.Tepuk tangan siap hore-hore bila kau buat macam tuh.

Seriusly lelaki yang  memukul sekali , pasti akan memukul lagi . Aku tak percaya lelaki macam nih.
Sori kaum Adam , aku sakit hati sebab situasi kena pada aku.
Aku sakit hati sebab tak mampu nak lawan , aku mampu luah sini je.

Kalau korang jumpa lelaki jenis macam nih baik jauhkan diri walau sayang kau sebesar Gunung Everest , sedalam Laut Pasific. Cinta-cinta jugak , sayang sayang jugak tapi jangan musnahkan hidup kau.
Sebab perit rasanya kalau dapat jenis macam nih.
kau takkan dihargai sepanjang hidup kau.
dan kesian kat anak-anak dan masa depan dorang.

6 comments:

  1. "situasi kena pada aku"? hurm? tak tahu nk bg tips apa. boleh bgtau tinggalkan dia atau kalau diri tu rasa nak balas dendam, boleh la belajar silat atau buat report polis, itupun klau diri itu dicederakan... lebih baik tinggalkan dia blah selama2nya. banyak lg mereka2 yg lebih baik drp dia...

    ReplyDelete
  2. ya Allah jauhkanlah aku dari lelaki sebegitu

    ReplyDelete
  3. Hello There. I found your blog using msn. This
    is an extremely well written article. I will make sure to bookmark it and
    come back to read more of your useful information. Thanks for the post.
    I will certainly comeback.

    My web page; goji berry - ,

    ReplyDelete
  4. Awesome post.

    Feel free to visit my site - marriage family counselors

    ReplyDelete
  5. wajib p report ke pejabat agama. kalau fikirkan anak-anak, wajib sangat wajib wajib ke pejabat agama. sebab mendiamkan diri macam tu bukannya sebab fikirkan anak-anak. sebab takut lepas diceraikan takda tempat nak dituju. Allah kan ada. InshaAllah bergantung hanya padaNya

    ReplyDelete

Terima Kasih Komen ,
nanti kita komen awak balik yea.
p/s : Setiap komen dikenakan caz senyuman paling ikhlas :)