Sunday 6 October 2013

Rindu

Di cuci dulu oleh cikzaitul :) Assalamualaikum . Sebenarnya aku rindu dia :'( Aku dan dia adalah pasangan bercinta jarak jauh. Aku di selangor , dia di johor. Nak jumpa pun bukan setiap bulan , bukan setiap hari, Kadang-kadang hampir 6 bulan tak jumpa. Yelah , sedih bila orang yang kita sayang , jauh dari sisi , Bila aku gembira , sedih , dia hanya tau dari telefon. Yang ada disisi aku hanyalah family dan kawan-kawan yang sangat memahami. Bercinta jarak jauh , nampak kita macam sorang-sorang kat dunia, Macam forever alone, tapi hati kita ada dia sorang. Bercinta jarak jauh harus ada kepercayaan dan kesetiaan. Seriusly aku kaki cemburu , harus pupuk kepercayaan pada pasangan aku. Dan seriusly aku penat juga dengan situasi macam ni. Dan harap penantian ini berbaloi.

Tuesday 3 September 2013

Hari raya memang tak lari dari open house.
Aku berkesempatan untuk makan-makan besar .
Nasib tank perut aku besar . Jadi pelbagai makanan menjunam dalam perut aku yang comel. #hamboi





Ni rumah pertama aku dapat merasa apa itu rumah terbuka pada tahun ni.
Wah.. nampak sangat area rumah aku takde open house..
Chaitt !!
Di rumah blogger pari-pari putih .













Ok, mekasih kepada tuan rumah yang tak pernah jemu mengajak aku datang ke rumah. Siap ada majlis sesi karaoke beramai-ramai sementara tunggu turn tengok wayang .

Keesokkannya ,
Majlis hari raya di tempat kerja partime aku.
Majlis agak sederhana tapi sesi bergambar meriah macam aku dah jangkakan.



Majlis hari raya bukan setakat datang , makan , bergambar.
Tapi inti patinya untuk mengeratkan silaturahim dan ada juga untuk menayang aksesori , baju dan pelbagai.







posted from Bloggeroid

Thursday 15 August 2013

Cerita raya aku.



Dalam surat beranak aku , tertulis lahirnya aku di Hospital Besar Kuala Lumpur, pergh... anak jati Kuala Lumpur tuu...

Takde kampung , takde selisih lembu , kambing di jalan raya.takde nak merasa bangun-bangun nampak kabus .
Seriusly , tak seronok beraya di bandar. Jalan raya sunyi , walaupun shopping compleks ramai orang, itupun ramai dari pukul 10pagi hingga 10 malam je.. Tak seronok nak berjalan-raya, kononnya hajat di hati nak beraya dari rumah ke rumah tapi sayang... rumah banyak yang dikunci pagarnya siap bunyi cengkerik .

Raya tetap raya walaupun di bandar , syukur sebab masih beraya dengan family ;) itu penting kann ?

Baju , kuih , langsir tetap di tukar untuk memenuhi keingginan nak beraya. Juadah tetap sama macam juadah di kampung- kampung (agaknya )
Cuma yang kelakarnya isi rumah ada 4 orang sahaja, hehehehe .. oh ya, terima kasih banyak-banyak pada yang masih sudi mengirim kad raya , duit raya , hadiah segala. Tahun depan aku akan balas..sebab abang posmen da cuti nak hantar kad raya..ekekekek

Yang pasti , calon suami aku harus ada kampung , baru WOW!! Raya akan datang :)
#selamat hari raya maaf zahir dan batin dari saya cik zaitul dan family

posted from Bloggeroid

Friday 2 August 2013

Pesan orang.

Hargailah sementara dia hadir dalam hidup kau ,
Selalu orang pesan macam tu.

Tapi manusia seperti aku terleka juga.
Masih jauh untuk membahagiakan semua orang.

Suruh jauhi neraka , tapi masih berpalit noda :(
Macam mana nak cium bau syurga , kalau asyik dengan dunia.

Salam malam jumaat.

posted from Bloggeroid

Saturday 27 July 2013

Pra raya bersama Je's happy family

Okey - okey , komen da mencecah 20 komen termasuklah komen tuan badan nih.

Selesai sudah sesi tarawikh , kaum lelaki duduk lepak di sofa , kaum perempuan sibuk bersolek ala kadar untuk shooting pra raya majalah urtv keluaran raya .. (kemahen)


Memang tak sangka kan , majlis berbuka puasa menjadi meriah sebab adanya majlis pra raya !! Dengan geng lelaki yang sporting bersongkok , berbaju melayu dan berkain pelikat.

Tengs kepada semua yang hadir , meriahkan suasana.
Haaaa... nak tau lagi... kitaorang ada tetamu spesial lagi..
Sapa lagi kalau bukan kakisembang.com !!

Mai mai usha gambar-gambar disebalik pra raya JE's family.
Manatau korang nak join tahun depan pulakk...























































Meriah tak kak salmah? Meriah la sangat...
Ok , ape-apepun...
Selamat hari nak raya korang!!!

posted from Bloggeroid

Wednesday 24 July 2013

Iftar bersama blogger.

Kali pertama iftar bersama blogger , tak sangka memang seronok dan mengenyangkan , burp!! Alhamdullilah.

Bak kata orang , kalau makan reramai terasa kenyang walaupun makan sikit je. Kali ni aku makan tak berapa tambah. Dan majlis ini menjadi majlis iftar + pra raya + sahur bersama. Memang enjoy laaaa bak kata hanggg...
Ehh, jum tengok gambar.
#mekasih syakir yang ajarkan cara-cara edit gambo. :)





Sampai-sampai gambo dulu yang utama.


Antara menu berbuka pada hari tersebut.mewah bak kata syakir.



Sebelum berbuka , kami berposing macam biasa, dan Semua sporting !!




Sesi menjamu perut.



Selepas sesi buncitkan perut.
Ada tak kebarangkalian , sesi fotografi?????????
Nantikannyaaaaaa...







Errkkkkk, sambung boleh tak... kalau komen 20 ke atas , saya janji dengan kelima-lima jari untuk update sambungan pule....
Amacam 20 komen je ... ehhhhh!!

posted from Bloggeroid

Saturday 6 July 2013

Seol garden aku datang!!

Ehem , ahad lepas aku dengan blogger yang lain melepak-lepak di seol garden korea.. eh... korea ke wangsa walk... tujuan asalnya untuk meraikan iffah aka jebon untuk berkhidmat pada negara dan bangsa..ececcece

Aktiviti time tu banyak makan , makan , kukus , grill , panggang , makan... paling penting bergambar..


























Akhirya dah selesai majlis makan-makan meraikan orang yang akan mengajar jauh, pasni aku harap ko akan menjadi cikgu faveret dikalangan anak-anak murid ko.. ade masa kita jumpa lagi..

Lot of love ,
Cikjetolijah.
Daisypath Anniversary tickers