Monday 17 June 2013

Kawen lagi.

Semua Cakap pasal kawen , sebab umur aku dah hampir 26tahun.
Ramai bertanya bila aku akan menamatkan zaman bujang.
Jawapan aku kadang-kadang tak pernah sama, lain orang lain lah jawapannya.

Ramai cakap , kalau ada bf , confirm ke itu jodoh kau?
Abis tu kau nak carikan bf baru ke bakal suami? ingat cari suami mudah , macam cari bawang besar kat pasar? Ramai lelaki pandang kita dengan rasa minat , tapi kita pun nak lelaki atau bakal suami pandang kita dengan rasa hormat.

Adakalanya orang tak paham kita, kita mengadu pun belum tentu dia paham 100 persen , paling teruk pscyo kita balik.
Chill la beb , kawan aku kawen umur 30an pun , anak dia comel je.
Ada sebab kita jodoh cepat atau lambat.
Jadi sabarlah, macam tak boleh terima qada dan qadar-nya pula,


Adakah sebab kita setia sangat , sampai bertahun dengan orang yang sama.. abis tu takkan nak jadi playgirl? Lagilah payah sebab hidup ni asik melompat-lompat pada orang berlainan, orang tu takde harta - cari yang ada harta,
Itu maknaya orang yang takde prinsip, bagi aku . ada sebab dia jodoh kita.
Terima kasih pada yang prihatin, tapi aku ada kawan yang bagi aku semangat , tak semestinya kawen lambat atau tak kawen hidup kita forever alone beb... kita masih ada mak ayah.
Bila lagi nak bahagiakan mereka, tanya mereka adakah kita sudah menjadi anak berguna pada pandangan mereka,
Ni tak...asik pikir bakal iman , bakal iman,
Hidup ni dugaan , selagi namanya manusia, memang kena tempuh dugaan.

Sapa taknak kawen , yang dah lama menduda pun teringin nak kawen. Inikan dari azali bujang.
Sapa nak jadi bujang terlajak atau anak dara tua?
Sapa taknak anak sendiri?
Itu semua soalan berlegar-legar dalam minda aku.
Yang penting , kawen bukanlah semudah kita eja atau kita sebut .
Kawen tu tanggungjawab, kena sedia luar dan dalam.
Kena fikir perasaan diri sendiri dan patner kita.

Lagi satu , suruh kita kawen ..
Tapi satu je soklan aku.. ade tak patner untuk kami kawen kan?
Tak kan nak pegi supermarket ke, fesbuk private message , wechat ke..
Cakap "awak , nak kawen dengan saya tak?"
Kang kita di chop desperate.
Ingat tak sakit di chop desperate ke?
Cakap mudahla, cuba awak awak yang dah kawen tu duduk dalam situasi kami.
Bukan tak pikir soal jodoh . Tapi....... itulah setiap orang ada sebab bukan alasan ye.


Oklah , aku membebel hari ni. Kalau aku takde jodoh pun , aku still ada ALLAH swt kan?
Barulah hidup ni chill dan cool je.
Ok , kalau terkasar harap maaf .
Cume penat dengan spekulasi sesetengah manusia.

Wednesday 12 June 2013

Funfair!!

Lama tak singgah tempat macam ni , paling last aku singgah pada umur aku 11tahun, sekarang dah hampir 26 tahun , baru dapat jumpa funfair di tengah-tengah kota.




























Time aku datang sini pun , dah area pukul 12 tengah malam, memang tak ramai orang , jadi yang seronoknya tak payah tunggu turn lama lah kalau aku main semua permainan kat sini. Walaupun funfair ni nampak simple , tapi puas jugak permainan disini, serupa pengalaman macam aku kat Genting dulu.
Semua kelasssss walaupun serve kau tu bangla ... hiks...

Sunday 9 June 2013

Mulut kau , mulut longkang!

Di cuci dulu oleh cikzaitul :) Assalamualaikum . Pernah korang tengah bercakap dengan orang sekeliling , tiba-tiba rase orang depan tak selesa je nak cakap dengan kita, Takpun pernah kah korang dapat gelaran mulut longkang ? Bukan sebab mukut korang langsi , tapi sebab mulut ada bauuuuuu .... Lol!! Cara-cara mengelakkan mulut berbau busuk ni senang saje, Ada orang keyakinan dia melalui senyuman , wajah . Tapi kalau mulut bau, satu ape pun tak jadi.. ye dak?? 1-Jangan lupa gosok gigi. Macam lagu zaman childish dulu .. "Bangun pagi , gosok gigi, lalalalalalalaa" (Sila sambungkan lagu tu ).. See dalam lagu pun ade cakap , betapa pentingya gosok gigi pagi-pagi. Tak gitu? 2-Makan chew-gum, gula-gula getah. Makan chew gum tak kisahla brand apepun , kalau boleh beli perisa fresh, mint, pudina , ice ,cool , Ia boleh membantu kesegaran korang tengah bercakap atau tengah membebel kat orang lain.Tanpa perlu susah-susah nak gosok gigi. 3-Jangan makan -makanan berbau Memang la tau favourite korang adelah makanan ulam-ulaman, siap petai , jering , durian , sambal belacan . Memang diakui sedap. Tapi kalau makan time nak jumpa siti nurhaliza pun, siti mau haru biru tahan napas kak ton.... Jadi kalau teringin sangat nak makan petai ke , or makanan berbau , makan la chewgum lepas tu. See promote chewgum lagi. 4-Elakkan merokok Tahu tak korang ? Merokok pun buat mulut kita berbau.. meh cakap dengan aku , ada bau rokok tak? Takde kan? Bau baby adalah.. ehhhh Kurangkan merokok juga boleh megurangkan risiko penyakit paru-paru hitam , malah buat gigi korang pun kembali putih macam aku. Ehhh lagi. 5-Banyakkan minum air masak . Senang je part ni. Tak susah pun..minum air masak dapat kekal cergas, kekal cun , dalaman korang punye Pun akan mudah berfungsi dengan hanya banyakkan minum air masak..sekaligus mulut korang tiada masalah mulut berbau. Selamat mencuba!!
Daisypath Anniversary tickers