Friday 20 January 2012

Limau Oh Limau



Assalamualaikum,Selamat Tahun Baru Cina aku wish kepada kawan2 aku yang menyambut perayaan ini..Samada kawan aku di tempat kerja,jiran dan sebagainya..Oh ho,jalan raya kat sini punyalah sesak mungkin kerana orang KL nak balik kampung,name pun cuti dr Jumaat sampai ke Selasa ..Aku pula kena kerja pada hari ini sampailah pada hari berkenaan..huhuhu..T_T

LIMAU....sape tak kenal buah ni..buah yang selalu kita akan dapat makan FREE sampai sakit perut,sakit tekak,makan sambil layan citer hindustan..dan pelbagai aktiviti sampingan boleh buat dengan limau ni..Aku rasa lah menu makanan aku pun dah bertukar..Pagi = limau , lunch = limau ,dinner = limau..(naseb dapat limau manis punye) terima kaseh dapat limau manis..limau masam sape nak kan..haa...cakap pasal limau masam,mesti muka kita berkerut-kerut makan kan..ini satu stories,jadi bacelah..kan membaca menambahkan ilmu!! <3




   Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang...wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur.

Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). [al-Ahzab 33:21]

6 comments:

  1. cik teddy dtg bg skongan..nice entry,brmanfaat =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. indahnya akhlak Nabi kita.. sayang rasulullah ketat2.. :)

      Delete
  2. erk.. tadi kotak komen ni x kluar.. pasal tu reply kat CTeddy punyer komen :)

    ReplyDelete
  3. mulia sungguh hati Rasulullah saw..=)

    ReplyDelete
  4. tau xpe..suke tgk akhlak rasullullah saw..nk jadik cm die!!

    ReplyDelete

Terima Kasih Komen ,
nanti kita komen awak balik yea.
p/s : Setiap komen dikenakan caz senyuman paling ikhlas :)

Daisypath Anniversary tickers