Assalamualaikum ,
1) Ketakutan Naik flight
Kemahen , aku nak sangat naik flight .. Amek kaaauu..
Ini semua gara-gara pergi langkawi .
aku akui rupanya aku mabuk naik flight , OMG, baru aku sedar.
Naik flight terus aku loya..Brup..perut aku melambung rasanya..
Camner dengan visi aku nak pergi Pulau Mabul nanti?
Oh , korang ada petua tak?
2) Kesukaan Pergi berjalan-jalan AKA Berjimba-jimba.
Aku tak tau lah , adakah aku ni jenis kaki sosial? kaki warung ?
ehh...tak tak tak..
aku suka berjimba sahaja.bukan pergi kelab dangdut , bukan mabuk-mabuk.
aku suka pergi meneroka keindahan alam,
lepak-lepak sambil gelak-gelak ,
contoh : campaklah aku kat mana-mana pantai - kompom aku jerit keriangan !!
Errr... korang jum lepak-lepak eh..
hehehehehe..
![]() |
| Dikbee aku pinjam pic hang sat ! |
3) Ketakutan haiwan banyak kaki
Ah..part ni semua akan kompom , kaum perempuan akan list kan jugak haiwan ketakutan dorang.
aku paling takut haiwan ulat gonggok.Ewwww.. paling takut.. "takut haiwan tu masuk dalam telinga ai la " T_T
Kesukaan pada Memasak
Aku suka masak ... tak kisah masak apa pun.. Dan faveret tu sampai aku usha blog tentang masakkan , membazir duit beli buku resipi itu dan ini .Hmmm...tapi tu lah..aku sibuk pula .. Wanita bekerjaya kannnn... (ayat klise)
Apepun bak kata omputeh " What the rock is cooking , I Love Cooking "
Okeeyyy..takmau cerita banyak .. Lagi banyak aku share kat korang , lagi banyak korang jatuh hati..
ehhh...
Haaahahha...
Cume nak tau je..apakah korang punye ketakutan dan kesukaan pulak??
Share meh !!






