Thursday 15 August 2013

Cerita raya aku.



Dalam surat beranak aku , tertulis lahirnya aku di Hospital Besar Kuala Lumpur, pergh... anak jati Kuala Lumpur tuu...

Takde kampung , takde selisih lembu , kambing di jalan raya.takde nak merasa bangun-bangun nampak kabus .
Seriusly , tak seronok beraya di bandar. Jalan raya sunyi , walaupun shopping compleks ramai orang, itupun ramai dari pukul 10pagi hingga 10 malam je.. Tak seronok nak berjalan-raya, kononnya hajat di hati nak beraya dari rumah ke rumah tapi sayang... rumah banyak yang dikunci pagarnya siap bunyi cengkerik .

Raya tetap raya walaupun di bandar , syukur sebab masih beraya dengan family ;) itu penting kann ?

Baju , kuih , langsir tetap di tukar untuk memenuhi keingginan nak beraya. Juadah tetap sama macam juadah di kampung- kampung (agaknya )
Cuma yang kelakarnya isi rumah ada 4 orang sahaja, hehehehe .. oh ya, terima kasih banyak-banyak pada yang masih sudi mengirim kad raya , duit raya , hadiah segala. Tahun depan aku akan balas..sebab abang posmen da cuti nak hantar kad raya..ekekekek

Yang pasti , calon suami aku harus ada kampung , baru WOW!! Raya akan datang :)
#selamat hari raya maaf zahir dan batin dari saya cik zaitul dan family

posted from Bloggeroid

10 comments:

  1. LOL, gambaq seketul jer ko taruk. kebiasaan, kat blog org lain, berlambak2 diorg tayang gambar2 suasana mereka berhari raya~

    err, jenayah banyak skrg ni, mohon jangan nak mengedik asyik keluar lewat malam~

    ReplyDelete
  2. rindu nak lepak dataran... len kali mohon ajak aku... huhu

    ReplyDelete
  3. serius beraya di kampung mmg best :) nanti cubalah beraya mesti seronok

    ReplyDelete
  4. Owh orang Key El..hehehe.. kat mana pun kita lahir, bila beraya, dengan family la paling bermakna.. kalau ade kg pun beraya sorang2 amacam? Ala future hasbeng carila yg ade kg, main kejar2 ngan kobau...^____^

    ReplyDelete
  5. Ya... paling penting bersama keluarga...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.

    Atul..aku pun lahir kat hbkl la,hehehe

    Ko takda kampung ke atul..takpala, ko cari laki yg ada kmpg ya..

    takda beza sgt sbnrnya.. cuma kolumpo kan, tempat org cari rezeki, samala mcm putrajaya ni, bila cuti, semua balik kampung halaman..

    Yang penting, merayakan kemenangan, dengan family..kalau sorg2, haru juga atul..hehe

    Selamat hari raya ya :) maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  7. Wah wah wah.. org key el.. kita org kampung je, sawah padi, kelapa sawit, rumah manyak tikus. Hehehehe,
    Maaf zahircbatin ye cik tul. Nanti suami mu balik kampung jangan hang xikut pulak ye. Kekeke

    ReplyDelete
  8. owh.. truly orang kl r ni.. ok selamat hari raye gak. =)

    ReplyDelete
  9. Ye ye... Ry kat kmpg memang best.. Tapi lagi best sebenarnya ry dgn famili kita walau kat mana pon, hihi

    ReplyDelete

Terima Kasih Komen ,
nanti kita komen awak balik yea.
p/s : Setiap komen dikenakan caz senyuman paling ikhlas :)

Daisypath Anniversary tickers