Assalamualaikum ,
Sebenarnya aku menyampah , loya , nak maki hamun pada lelaki jenis kaki pukul , kaki maki anak bini.
Seriusly aku menyampah , rasa nak bagi penumbuk sulung ni ke muka mereka,
pernah satu situasi Bf marah Gf maki hamun depan public , apa kejadah semua ni beb ?? baru jadi kapel-kapel , kau dah tunjuk belang samseng .
Aku pernah dengar luahan kawan aku , disepak terajang , dimaki hamun dengan suami dia , tapi dia masih bertahan demi anak-anak. Kau tak nampak ke effort bini kau nak bertahan dengan kau ?? otak kau mana??
Mana Kasih sayang ? mana janji sewaktu akad nikah mahu melindungi isteri kau?
kaki pukul , kaki maki ni mereka ada di mana-mana , ada di sekeliling kita . Masih ramai bertopengkan haiwan , sebab depan orang lain mulut manis, depan anak bini kau garang , kurang ajar macam singa, naga dan haiwan apa ntah layak aku bagi kat kau.
Belajarlah erti sabar , Belajarlah erti istigfar banyak-banyak. Syaitan sukalah kau marah-marah , pukul-pukul depan orang ramai.Tepuk tangan siap hore-hore bila kau buat macam tuh.
Seriusly lelaki yang memukul sekali , pasti akan memukul lagi . Aku tak percaya lelaki macam nih.
Sori kaum Adam , aku sakit hati sebab situasi kena pada aku.
Aku sakit hati sebab tak mampu nak lawan , aku mampu luah sini je.
Kalau korang jumpa lelaki jenis macam nih baik jauhkan diri walau sayang kau sebesar Gunung Everest , sedalam Laut Pasific. Cinta-cinta jugak , sayang sayang jugak tapi jangan musnahkan hidup kau.
Sebab perit rasanya kalau dapat jenis macam nih.
kau takkan dihargai sepanjang hidup kau.
dan kesian kat anak-anak dan masa depan dorang.
Sunday, 20 April 2014
Sunday, 2 March 2014
Tawau aku datang Part Last .
![]() |
Suasana Tawau di petang . Fuh sunset gitu . |




Sesampai je dari rumah Lina (Bakal pengantin ) , kami makan gitu-gitu kat rumah depa dan satu kemestian datang Tawau , rugi la kalau datang tak makan SEAFOOD !! Kami makan seafood yang fresh-fresh malam tuh :)
Memang berbaloi kau .. Harga memang murah nak di bandingkan Semenanjung .



Satu lagi nak bagitau korang la, suasana Tawau kan , pagi dia pukul 6.30 pagi cerah umpama pukul 8.00 pagi -.-" . Hari pesday jenuh kelam kabut bangun nak Subuh ingat dah terlajak Subuh , Rupanya memang matahari naik cepat kat sana . Fuhh fiufiu . Pastu lak suasana 6.30 malam dah macam suasana pukul 8 malam . Memang tersa macam duduk obesi (luar negara) . kikiki







Selamat sudah majlis Perkhawinan Lina dan Kerol , sungguh la suasana mereka kenduri sangat terkawal . Kenapa aku cakap terkawal ??
Dari majlis makan malam , makan pagi dan makan-makan semuanya sedara mara Lina yang buat , Kami sebagai TETAMU , memang la goyang kaki , Dan jangan tanya kenapa aku dah berisi walaupun tinggal sana hanya 6 hari . (Adoii)
Semangat Saudara sangat Kuat dalam family derang , terasa terharu sesangat T_T
Tahniah kepada pasangan Lina dan Kerol , aku doakan korang bahagia dan kekal together-gether (cepat-cepat dapat baby ea)

Lepas je kenduri Lina , Kami berdesuppppp Pi jejalan kat area Kg Indrasabah !! jejalan tengok Jeti , tengok sunset , Selfie sana dan selfie sini .

1) Apa yang best kat Tawau , adalah keindahan alam semula jadi yang tak tercemar , malah udara pun fresh air kalah Ambipure .



2) Apa yang best kat Tawau adalah kat Tawau ada Sungai ..Tralallala . Jemput mandi sungai.. Sungai dia pun macam kat Semenanjung jugak. Dan lagi best siap bunyi binatang-binatang pelik *efek alam semulajadi*




3) Apa best kat Tawau adalah orang disini sangat peramah ! dari kanak-kanak dan orang muda dan warga emas. hihihi.. *terasa betul-betul macam menteri jugakla sebab layanan tiptop walaupun tak kenal antara satu sama lain*





4) Apa yang best kat Tawau adalah , kami boleh selamba gila naik kereta pancuan 4 roda , siap duduk belakang dan berlagak macam Tawau ni kami punya. *ishhh , tak behave kan*































6) Apa yang best kat Tawau adalah , Lobster oitt, pestime makan nih , rasanya macam ketam , isi manis -manis dan memang puaslah makan . Terima kasih pada yang belanja kami makan , Alhamdulillah atas rezeki tu . Semoga rezeki korang bertambah-tambah :)



Lauk-pauk yang disediakan oleh Mak Tuan Rumah (Kon) , perghhhhhhh , isi manis pastu fresh-fresh . Terbaik !!

Terima Kasih di atas segala-galanya , Atas layanan , makanan yang diberi , kasih sayang yang tercurah . Terima kasih sangat . Satu pergalaman yang bermakna untuk aku kenangkan :)


7) Best kat Tawau sebab aku boleh selfie memana dan tanpa pedulik orang lain *padahal tempat lain pun memana aku boleh selfie*

Apapun , Tawau memang takde bangunan tinggi-tinggi macam KLCC , takde bangla , takde nepal kat sini , yang ada hanyalah keindahan alam semulajadi . Seriusly siapa pencinta keindahan bolehlah layan sini . Okla akhirnya tamatlah part last ni . Yahoooooooo !!
posted from Bloggeroid
Labels:
Diri aku,
Food,
fun,
Membebel,
xoxo korunk
Location:
Tawau, Sabah, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)