Showing posts with label Beauty. Show all posts
Showing posts with label Beauty. Show all posts

Wednesday, 19 September 2012

Cantik itu Normal

Di cuci dulu oleh cikzaitul :)
Assalamualaikum ,

Dari aku kecik sampailah sekarang,  aku suka melihat wanita cantik dari lelaki hensom.
Mengapa? aku tak tau.. adakah aku ini lesbian ?
Oh semestinya TIDAK !! aku masih ada perasaan terhadap lelaki..
Aku suka tengok wanita cantik , cara mereka berpakaian , make-up , berjalan, dan apa sahaja yang cantik molek bagi aku.
Aku suka :3
Huh , sebenarnya cantik tu tak kekal lama , Dan aku tahu tentang itu ,
Pakailah apa sahaja cream anti kedut , cucuk sana-sini ,
Bila sudah tiba masanya nak tua , tak berguna sudah semua mende tuh.Ye dak ?

Bagi aku ada segelintir manusia sanggup nak kelihatan cantik , menarik di mata orang lain.
Tapi janganlah sampai mencari perhatian dari orang lain ,
Nampak sangat MURAH
Setiap orang ada pandangan memasing tentang cantik .
Ada orang rasa cantik itu kalau bermake-up tebal ?
Ada orang berasa cantik kalau berpakaian seksi-meksi , mahal ?
Ada orang langsung tak pernah berasa cantik sekalipun ..








Tapi janganlah pandang sebelah mata pada sesuatu yang tak cantik ,
Tak semestinya yang tak cantik tu tak berguna .
Dan tak semestinya yang cantik , elok , molek itu bagus .
Kenalilah yang buruk , tak lawa , kusut ,
Baru kita akan kenal erti CANTIK .



Hargailah diri anda yang sebenarnya :)




P/s : Bonus pada orang cantik , kalau Budi Pekerti  pun cantik :)
Biasalah manusia ni suka pada benda cantik-cantik , termasuk aku :)


Friday, 25 May 2012

Aku Belum ....

AssalamualaikuM ,

Hari ini aku rajin teramat sangat berjalan-ronda di belog-belog gojess..SYABAS betey untuk aku :)

Bila jejalan kat belog-belog yang menarik di baca , dengan entry yang bernas-bernas..siap cerpen , gambar menarik , komen beribu-riban ..Pheww..Aku rasa aku kerdil pula ..
Yelah aku baru je berkecimpung-kampong dalam zaman berbloging-bloging ni..hewhewhew..

Semalam aku tolong ayah aku berniaga burger di kedainya , aku tau aku  selekeh     AKA  simple , tapi selekeh aku pun , aku suka pakai baju besar-besar je..T-shirt longgar-longgar senang angin nak keluar masuk kat ketiak tu.. hahhahahahha



Hebak gak !!

Ok lah , yang membuat aku terkedu itu  adalah adik tu baya-baya 18 tahun kott ..hewhewhew ...

Aku : Dik , beger dah siap (sambil tersenyum maness lah, manelah tau nak TAMBAH oder ke :D )
Adik : MAKCIK , berapa ??

MAKCIK -MAKCIK - MAKCIK ..(jeng jeng jeng )      -__-"








Adoiiiii , tua sangat ke aku ni?? baru 25 tahun , Phew..kompon aku tonyoh muke aku dengan kertas pasir pas ni bagi kedut-kedut hilang !!

Ah!! ...aku tak kesah la apa dia-orang nak gelar aku apa , janji bukan panggil aku dengan nama-nama tak elok..
mungkin budak tu nak berbudi , atau aku ke yang tak dapat menerima kenyataan ??


Sila-sila lah jawabkan :D


P/s : Tengah buat entry ni aku belek-belek muka aku yang tak berapa makcik ni . O_0

Thursday, 24 May 2012

Kepala Putih Kat Hidung ??

Assalamualaikum , Erk..tengok tajuk kat atas..hmm..hmmm.hmm
memang aku takde idea untuk TITLE aku lagi :)
Anyway aku nak taulah ape RUTIN kecantikkan korang hehari ??
Adakah korang memakai pelembab malam ke? toner ke ? krim awet muda ke ?
Setiap wanita mesti nak cantik..walaupun tak mekup mesti nak muka tu bersih je ..kan kan kan :)
Aku satu je masalah kat muka ni ialah WHITE HEAD ..Huh ..memang  tension lah kalau dia datang :(





Picit-jangan tak picit O_o


Datang dengan pakej muka boleh goreng ikan kat dahi lagi..Heheheheheh..Yelah aku ni jenis muke berminyak di ZON -T , Kirenya kawasan Dahi , Dagu , Hidung , Pipi ..    :P
Aku manusia yang  amat MALAS nak jaga muka , nak toner muka , dan pelbagai usaha nak belek muka..kena ada Time barulah nak belek-belek muka.. O_o
Ok aku mengaku !! dan aku bersyukur muka tu Orite je sampai sekarang :p (Nanti tua habeslah ,muka  aku cepat kedut )
Ok , Aku jaga muka dengan pencuci muke jenama lain , pelembab jenama lain ..Jadi yang ADO ok lah tu..Janji murah untuk POKET aku.. hewhewhew..
Aku skarang nak JE pakai  sk-II tu..tunggu POKET tetiba TEBAL jew lah..HAHAHHAHAHHAHA :)



P/s :    Aku punya card reader rosak jadi  post ni dan post akan datang  takdelah  gambar pemilik ..Wuwuwuwuwu :((
Daisypath Anniversary tickers