Sunday, 20 April 2014

Kaki Pukul Kaki Maki .

Assalamualaikum ,

Sebenarnya aku menyampah , loya , nak maki hamun pada lelaki jenis kaki pukul , kaki maki anak bini.

Seriusly aku menyampah , rasa nak bagi penumbuk sulung ni ke muka mereka,
pernah satu situasi Bf marah Gf maki hamun depan public , apa kejadah semua ni beb ?? baru jadi kapel-kapel , kau dah tunjuk belang samseng .
Aku pernah dengar luahan kawan aku , disepak terajang , dimaki hamun dengan suami dia , tapi dia masih bertahan demi anak-anak. Kau tak nampak ke effort bini kau nak bertahan dengan kau ?? otak kau mana??

Mana Kasih sayang ? mana janji sewaktu akad nikah mahu melindungi isteri kau?
kaki pukul  , kaki maki ni mereka ada di mana-mana , ada di sekeliling kita . Masih ramai bertopengkan haiwan , sebab depan orang lain mulut manis, depan anak bini kau garang , kurang ajar macam singa, naga dan haiwan apa ntah layak aku bagi kat kau.

Belajarlah erti sabar , Belajarlah erti istigfar banyak-banyak. Syaitan sukalah kau marah-marah , pukul-pukul depan orang ramai.Tepuk tangan siap hore-hore bila kau buat macam tuh.

Seriusly lelaki yang  memukul sekali , pasti akan memukul lagi . Aku tak percaya lelaki macam nih.
Sori kaum Adam , aku sakit hati sebab situasi kena pada aku.
Aku sakit hati sebab tak mampu nak lawan , aku mampu luah sini je.

Kalau korang jumpa lelaki jenis macam nih baik jauhkan diri walau sayang kau sebesar Gunung Everest , sedalam Laut Pasific. Cinta-cinta jugak , sayang sayang jugak tapi jangan musnahkan hidup kau.
Sebab perit rasanya kalau dapat jenis macam nih.
kau takkan dihargai sepanjang hidup kau.
dan kesian kat anak-anak dan masa depan dorang.
Daisypath Anniversary tickers