Di cuci dulu oleh cikzaitul :)
Assalamualaikum.
Anak Dara Tua , Bujang terlajak
Satu title pada seorang yang masih lagi tak berkahwin walaupun di usia lanjut.
Usia lanjut itu di antara 25tahun ke atas bagi zaman dedulu.
EHH..umur ngam-ngam 25 tahun belum sampai tahap di atas hokeyyy ??
Setelah aku membuat ujikaji , inilah sebab-sebab mereka masih andartu dan bujang terlajak.
Okey ini survey yea..
1) Belajar sampai ke menara gading .
Korang sambung belajar , Koman-koman korang kena tunggu 4 hingga 5 tahun untuk habis belajar . Itu belum lagi yang kena belajar di luar negara .
Haa..TIME TUH BERAPA UMUR KORANG ?? mana nak cari kerja ,bayar hutang PTPN , nak kerja , nak kumpul duit dan memacam lagi lah.
2) Kos perkahwinan yang agak mahal.
Kos kawen sekarang mau cecah RM 10 ribu ke atas . Itu belum masuk kalau parent nak buat grand macam kawen "wedding of the years " .
Konon nak ikut jejak retis . Okey bukan ikut jejak retis , tapi sebab faktor bahan mentah yang mahal , tu baru barang mentah , belum lagi mekup , pelamin , baju .
Dan tahu tak betapa susahnya mencari duit sayang...Ehh..
Untunglah kalau jodoh korang itu berkemampuan .Jadi besederhanalah dalam kehidupan.Yang paling penting jodoh sampai ke syurga , bukan kawen sebulan dua terus cerai-berai. Opsss...
3) Belum sedia berkomitmen .
Haaa..yang ini agak melampau setelah aku membuat kajian , mereka-mereka ini cakap mereka masih belum puas hidup membujang . APAKAH ??
kalau tak mahu komitmen , tak payah lah kau ber-keinginan nak kapel-kapel , cintan-cintun donkey~
4) Memilih pasangan.
Ramai jugak yang memilih pasangan yang ber"taste" tinggi , nak orang kaya , nak hensem macam Aaron ajis , nak itu dan nak ini .
Last-last hidup sendiri .Bukan aku suruh korang main pilih je , tapi jangan lah sampai mencerut diri .Aku tau Cinta tak boleh di paksa kan.
5) Tiada calon
Yelah kalau takde calon , macam mane nak kawen atau melangkah ke alam perkahwinan . Kalau di sana suka , di sini tak suka pun tak boleh jadi kan.
Disini nak kawen cepat-cepat , disana memacam alasan silalah fikir masa depan .
Apepun semua orang takut pada title tuh.Jadi jangan lah gelarkan seseorang dengan title tuh lagi-lagi kat aku . Sakit hati kau tau. Bukan mereka tak laku , mungkin jodoh mereka tak sampai seru lagi . Rilekslah pakai tudung pun ade orang cakap tunggu seru , apatah lagi kes nih.. Ehhh...
Semua orang ada impian perkahwinan sendiri , baik pilihan sendiri atau pilihan keluarga. Apapun lagi kalau korang dah bertemu jodoh sila kekalkan hubungan tuh , dan yang baru planning nak melangkah ke alam perkahwinan , sila ajak aku. :)
Oh ya , Ade soalan cepumas ,
Bila nak kawen??
Korang AKAN jawab ape?
SEKIAN .
#Oke, aku da malas nak minat retis LELAKI korea sebab mereka dah termacam pompuan ,Bercelak , berbedak ..Oh itu bukan maskulin .