Di cuci dulu oleh cikzaitul :)
Assalamualaikum , sambungan dari cerpang
Beep .. beep ...beep..telefon Zaitul berbunyi menandakan 1 mesej diterima . Lantas dia membukanya ,
"Kita putuskan pertunangan ini "
-ARYAN -
Setelah membaca mesej yang di terima , Zaitul menangis teresak-esak , dirasakan satu batu besar menghempap kepalanya .Dia menangis terus menangis .
.......................................................................................................
Faris , sahabat Zaitul yang selalu menemani di waktu dia susah dan senang setelah Aryan menyepikan diri .Dialah juga orang yang paling bersedih dengan perkhabaran ini , dia selalu memberi semangat kepada Zaitul . Baginya ,
" Itulah peranan KAWAN , dia memerlukan masa untuk melupakan peristiwa ini "
2 Bulan selepas peristiwa itu , Zaitul menjadi orang yang sentiasa mengelak untuk berjumpa dengan Faris dan Aryan , tetapi ajakan Faris
kali ini membuka hati Zaitul untuk bersua-muka , melupakan kisah lama . Demi persahabatan mereka !! dan Zaitul juga rindu pada kelip-kelip yang sudah lama tidak dilihatnya .
“ Kamu berdua memang bodoh..” Faris dan Aryan tersentak. Suara Zaitul kedengaran dari belakang. Mereka serentak menoleh. Melihat Zaitul merenung mereka tajam.
“ Sudah berapa lama kau di belakang?” Tanya Faris sambil berdiri di ikuti oleh Aryan.
“Cukup lama untuk mendengar semuanya..” Kata Zaitul sambil menjeling Aryan. Aryan tertunduk. Tidak berani memandang Zaitul.
“Kenapa kau datang sini?” Tanya Faris sambil menikmati wajah Zaitul yang di rinduinya. Ada ramai gadis tapi pelik sungguh mereka berdua telah tersekat dengan gadis yang sama.
“ Sebab aku rindukan kamu berdua..” Kata Zaitul jujur.
Ya , Zaitul kena kuat , kena pulih dari kekecewaan itu , kerana Zaitul terlalu menyayangi persahabatan itu .
Faris : kau datang dengan siapa ? setahu aku , kau mana ada helipkopter macam Jejai Fasha Sandha .
gurau Faris , memang Faris pandai melawak . Sayang ... hati Zaitul bukan dengannya .
Walaupun dalam hati masing-masing terluka , Zaitul pastikan hubungan ini tidak akan terputus dengan kehadiran cinta . Baginya ,
"Perasaan CINTA inilah merosakkan hubungan persahabatan yang terjalin "
Faris : " Atul , Aryan ... aku akan kahwin bulan depan , dengan gadis pilihan aku "
Faris bersuara memecahkan keheningan petang itu ...
Zaitul : " Haaa !! baguslah . Aku tumpang gembira . Tak caya cuba kau tengok gigi aku ni "
sambil menyengih-yengih depan muka Faris .
Aryan pada petang itu hanya mampu diam , tiada reaksi ditunjukkan pada wajahnya .
"Baru tadi faris cakap sayang kat Atul , sekarang ni nak kawin pulak ? " ngomel Aryan didalam hati . Adakah dia sudah tidak kenal lagi dengan sifat Faris ?? Mengapa Faris mudah berputus-asa sepertinya .
Oktober 2012
" Kami datang dengan hajat dihati , adakah bunga di taman sudah di sunting orang ? "
Zaitul telah dilamar orang . Suhaidi nama lelaki itu . Sudah 2 bulan Zaitul menjadi tunangan orang , selama itu juga , dia tidak pernah mendengar suara atau melihat wajah lelaki yang menjadi tunangannya .
"Aku terima dia bukan kerana kecewa , Aku yakin dialah jodohku . Allah swt tahu yang terbaik untukku "
Itulah kata-kata semangat yang selalu Zaitul sematkan dalam hatinya .
Zaitul menerima pinangan lelaki itu dengan syarat . Dia tidak mahu persandingan , cukuplah dengan majlis kecil-kecilan .
Januari 2013
" Aku terima nikahnya Noor Zaitul Liyana dengan Mas kahwin RM 80 tunai " lafaz lelaki yang kini menjadi suaminya .
Akhirnya Zaitul telah menjadi isteri kepada Suhaidi .
Dia menunggu kehadiran pengantin lelaki dengan perasaan berdebar-debar . Inilah kali pertama Zaitul bersua muka dengan Suhaidi , suaminya .
Sesi Pembatalan Air Sembahyang
Zaitul melihat kelibat seseorang yang dirasakan kenal . Dia mahu pengsan !!
Suhaidi : Assalamualaikum , Puan Zaitul .. Saya ingin memperkenalkan diri saya .Saya Mohd Faris Suhaidi . Faris berbisik ke telinga Zaitul .
Zaitul terkedu .. rupanya Suhaidi itu adalah Faris .. Mengapa dia lupa yang satu itu .. Nama penuh Faris !!
" Kau memang pelupa Zaitul . Bukan ke kat tempat kerja kau pernah dapat gelaran "RATU PELUPA " . Memang itu sifat kau . Btw , Aku ucapkan Selamat Pengantin Baru kat korang . Aryan mencelah .
Pada majlis yang sederhana itu , Zaitul berasakan bahawa dunia ini penuh kejutan . Memang ada hikmah disebalik semua peristiwa ini . TERIMA KASIH YA ALLAH !!
" Sebenarnya hubungan CINTA , tidak merosakkan persahabatan "
Zaitul kali ini salah sangka , terpukul dengan pegangannya .Dengan kesungguhan Faris terhadap dirinya , dengan penjelasan Aryan . Dia kini benar-benar jatuh hati dengan suaminya .
"Kau sempurna bagiku , Tak kurang sesuatu , Kau terima apa adaku "
" Ku sempurna bagi mu , Tak kurang sesuatu , CINTA BERSATU "
-Liyana Jasmay -
Pheewwww .. habis jugakk.. yahoooo !! Akhirnya sweet ending dari aku ..
1st cerpang dari aku yang memang tak reti nak bermadah puitis , or wat ever :)
tapi itulah aku :)
Hope Enjoy Membacanya ,
Ape lagi , sila lah komen :)
Tengs :)