Di cuci dulu oleh cikzaitul :)
Assalamualaikum ,
Di entri yang lepas ,aku pernah cakap nak bagitau selepas aku stalker blog Maria Elena , aku stalker blog sape pula..JENG JENG JENG ..
Aku selalunya stalker blog orang selepas aku update n3 , takpun time aku terlalu rindukan gelak tawa , kawan-kawan blog aku , aku akan berjalan dari rumah ke rumah (blog ) .
Nak harapkan Fesbuk , aku jarang o9 , komitmen pada kerja katakan . hehehhehehe
Jum cekidaud !!
Iffah
Perkenalan aku bermula pada sekeping gambar yang aku tak tau asalnya dari blog dia, Hahahha, siyus aku time tu taktau kott.
Gaya penulisan dia yang nampak serius tapi sebenarnya gades ini gila-gila , aku tak sangka aku dapat jumpa dia depan mata , dia orangnya setia sebab masih lagi menjadi pengkomen tegar dalam blog aku , aku gemar usik dia, sebab dia kiut sangat kalau dia memalu ..AUWWW..
Walaupun dia muda dari aku , kalau ajak berbicara dia sungguh matang , aku bertuah mempunyai rakan blogger yang baik malah sweet macam dia .
Sebab dia pernah cakap
" Ayat-ayat sweet kau selalu dengar kan , tapi orang sweet macam aku , kau payah nak jumpe "
Oh , aku rindukan dia.. :)
Nong andy
Seorang wanita yang lemah lembut , kecik orangnya, ada seorang anak nama Shinta yang kiut-miut , pandai menulis cerpen , cerpang , dan segalanya , Dia baik sangat .. Aku terjumpa Nong dari komen blog Iffah .. Dari situlah aku menjadi pembaca tegar dan pengkomen tegar di blognya pada ketika itu. Hehehhe kecik dunia ini kan. Dari alam maya , akhirya aku dapat juga berjumpa dengannya . Dan lagi satu dia mempunyai senyuman menawan :)
Syah
Haaa..gades ini buat aku melayang-layang dengan gaya penulisan dia , perghh .. dulu aku rasa dia ni jiwang sangat sebab semua n3 dia sweet-sweet . Dia suka aiskrim coklat . Macam mane manisnya aiskrim itu , begitulah manisnya dia.
Umurnya lagi muda aku , dengan dia lah aku masih tak jumpa depan-depan lagi . mungkin satu hari nanti kan ?
Aku suka status dia kat fesbuk yang ringkas tapi padat , semua yang dikatakanya ada makna bukan kosong semata-mata .
dan gades ini penyayang pada kucing .
Pari-pari putih
Seorang ibu yang happy gilerr.. salah satu sifat yang best tentang PPP ni , ialah dia sentiasa menghargai insan disekelilingnya .
Aku pernah jumpa dia jugak , memang dia pandai masak , malah hebat menjadi suri rumah . terrer PPP ni . semua benda dia boleh buat ,
Dia ni jarang aku tengok sedey-sedey , hepi sokmo je, tu sebab ramai senang dengan dia .
Kopi pasta
Mamat ni blog die best . ade macam-macam.. die lah buat fenomena Muntah Pelangi ,
heheheh..bila tension pegilah singgah blog dia , pasti korang teruja :) , masih belajar malah aku rasa lah dia seorang pemalu ..AWWW ..
Ekekkekekeke..
Inilah segelintir blogger yang aku stalker hari-hari jika aku ada kelapangan , sesungguhnya tiada unsur kipas mengipas di n3 ini , atau unsur-unsur rasuah .. Pada yang tidak disebutkan nama tu , janganlah terasa . aku pun singgah juga blog korang. :)
Apepun TERIMA KASIH tak terhingga kerana korang masih tak jemu-jemu menjadi pembaca dan pengomen aku kat sini :)
Tanpa korang , sapalah aku kan :)