Saturday, 15 February 2014

GA pertama 2014 dari PariPariPutih .

Assalamualaikum , Dan Salam Sejahtera .





Mai terjah kalau nak layan lagu Korea :) *mihmihmih*
Ehem , lagi beberapa jam lagi detik penamat GA pertama PariPariPutih , aku baru berkesempatan nak join. Disini ada cara-cara untuk korang-korang join .*selagi sempat*
1 - Follow blog PARIPARIPUTIH
 
3 - Masukkan blog PariPariPutih dalam bloglist korang
 
4 - Buat satu entri mengenai GA (menggunakan tajuk di atas) dan back-link ke komen entri ni
 
5 - Dalam entri perlu ada Banner GA 2014 PPP (copy di atas).
 
6 - Last sekali di muka bawah dengan tidak lebih dari 100 patah perkataan sila sambung ayat ini:
Blog PariPariPutih best sebab ..
 
Blog PariPariPutih  best sebab :
 
1 . Ada resipi memasak lauk faveret aku , contoh nasi ayam , daging sumbat tomato , spageti dan lelain. dan aku kan suka memasak sekurangnya bolelah aku ikut resipi dia yang simple bak hang.
 
2 . Ada pelbagai info dari petua hinggalah cerita kisah hidupnya yang happy sokmo . rasa tak jemu membaca setiap enrty dia.
 
3 . Blog dia Santai , simple dan easy pastu lagu lak melayan jiwa sambil baca entry dia. memang la Havoc LAHH :) 
 
 

Hadiah-hadiah:
Kemeja T Ekslusif PPP untuk 3 pemenang utama
Top up RM10.00 x 5
Top up RM5.00 x 12

Tarikh Tamat tlh dipanjangkan sehingga ke15hb Februari 2014, jam 12.00 pm.
*Pemilihan pemenang akan dipilih berdasarkan:
Menepati 6 Syarat-Syarat Di Atas
Creativity dan cara penulisan tentang entri GA ini
Slogan terbaik*

*Fuhh taip lelaju dan baru perasan dah nak penamat , takde rezeki la kita nak menang . uwaaaaa !! apepun aku have fun sesangat kenal seorang kawan yang simple and easy going :)
Terima kasih atas segalanya .

Selamat hari jadi .

Assalamualaikum ,

Hari ini hari jadi dia , dia yang selalu ada untuk aku dikala aku sedih , gembira dan gila-gila .
Dia memang gila-gila, senang bergaul , senang di ajak berborak , senang semuanya .
Aku doakan kau semoga sentiasa ceria-ceria , dipermudahkan rezeki , dipercepatkan jodoh *amin* . Dipanjangkan umur , dan diberikan kesihatan yang baik.
Aku sayang kau babe.

*Suaraku keras tak berbahasa,
Kerna aku rimas gedik mengada-gada ,
Aku punya manja kau saja boleh rasa,
Rahsia kita berdua . *Lirik 150 juta*


Sanah helwah ya Iffah Afeefah
Saeng il chunga haeyo <3
Muahmuahmuahhh dari aku .





posted from Bloggeroid

Monday, 10 February 2014

Tawau aku datang -part 2

Assalamualaikum ,
Alhamdulillah dengan restu mama dan abah aku beri , dapatlah kaki bersize 8 ni jejak ke Tawau . Gilalah macam tak caya , takpelah marilah kita bercuti-cuti Malaysia dengan orang Malaysia.hahaha *ko hado*


Awal pagi lagi aku bangun dengan eksaited , mama siap buat nasi goreng *mekasih mama * awwww... Lepas salam , peluk cium *muahmuah* famili aku yang memang ada 3 orang jer , maka berangkatlah aku ke Seri Langkat .*ehh tetibe *.Area pukul 9 pagi aku dah sampai depan kondo PARIPARIPUTIH  dan kami berangkatlah  pergi breakfast area rumah dia , aku makan kali kedua*padahal dah makan tadi kat rumah*





                                 Beg kita kecik ,tapi kalau angkat boleh dapat muscle tau..

Dari Gombak aku naik taxi singgah rumah parent  paripariputih , peluk, salam, muahmuah dengan famili mereka pula , nak say good bye bye mana yang kenal *kononnya*
Dari Gombak kami naik taxi , pakcik taxi pula sangatlah peramah ,mesra semualah *inilah Malaysia* macam-macam tips dia bagi , sebab tu ada TAWAU PART 1 ;)

Dah sampai KL Sentral , kami naik bas pula, jangan pikir kami tak naik bas tau , kerlass kan kami . Ehehehe harga tambang hanya RM10.00  , dahla mudah nak cari bas , service cepat , malah selesa tempat duduk. Perjalanan memakan masa sejam jugak. Aku tengok sekeliling ,ada yang tidur , ada yang berfesbuk walaupun duduk sebelah menyebelah gitu .*krikrikrikrik*







Huah , dah sampai Lcct , gila ramai orang *bukan orang gila ramai ye * sekarang misi mencari Ain yang dari Terengganu datang lagi awal untuk berkumpul dengan kami.*mana dia , ada nampak tak? *


 Haaaa jumpa pun !! Apelagi selberduala jap :)


*Tips dari aku , kalau korang nak jimat duit , korang jangan makan kat Lcct ni , baik makan kenyang-kenyang kat luar Lcct , sini makanan mahai tau , malah surau Lcct juga selesa , bersih cuma tak dijaga kemudahan toilet *

Now kita tunggu yang lain .
Sejam berlalu , dua jam berlalu , tiga jam berlalu *krikrikrikk* haaa..jumpa pun group ke 2 ke Tawau !!




tadaaaaaaaa... iffah Dikbee Madi , Mk Syahir


Sudah berkumpul semua jom makan lagi kt Lcct *makan lagi ko jetol ?* macam aku cakap , makanan kat sini tak sedap , harga je sedap sedap dieorang nak charges kannn ..

Yeay.. jom naik flight !! Perjalanan memakan masa 2jam 50 minit kata ketua juruterbang kat kitaorang waktu nak pergi , aku pula jenis mabuk perjalanan , harap perut tak buat hal la.










Masa 2 jam 50 minit tu kan lama .. korang tak rasa lapar ke.. aku lapar tau , dan aku makan lagi ,aku makan Nasi Ayam rujuk pada Tawau aku datang part 1 *dah kenapa selera makan aku ni *  Sepanjang perjalanan , perut , tekak , telinga aku buat hal , perut nak uwek uwek uwek , tekak dah masam-masam , telinga pulak tersumbat . nilah masalah aku yang mabuk perjalanan jauh :(

Alhamdulillah sudah sampai Tawau ,dari pukul 6 petang hingga pukul 8 malam lebih , kami di jemput dari airport dengan famili Lina *bakal pengantin * dan Kon Rod *Mohd Fadzri * .
Malam tu memang memenatkan ,tapi peduli lah.. .Sampai rumah Lina , kami peluk cium muahmuah tuan rumah , kenal kawasan sekeliling *macam YB turun padang lagaknya* dan jeng jeng jeng kami makan lagi .



Nak tau apa nih ? Nantikan tawau aku datang part 3 *dah macam drama bersiri pula*
Happy reading , tengkiu .
posted from Bloggeroid

Sunday, 9 February 2014

TAWAU AKU DATANG !! - PART 1

Di cuci dulu oleh cikzaitul :)
Assalamualaikum .
Lama tak menyinggah sini , Alhamduulillah selesai sudah episod Januari dan sudah masuk bulan Februari kan ? Itula ramai kata , aku update blog setahun sekali.Sifat beku untuk taip apa kat entri menyebabakan krikkrikrikkrikk *bunyi cengkerik* kat  blog aku. Di sebabkan ini baru part 1 , apa kata aku sharekan korang tips-tips berguna kan ?
Jom semak tips sebelum korang pergi bercuti !!



*mesti taknak situasi macam ni kan *






1) Sila bawa pakaian yang perlu sahaja ,jika korang adalah backpacker .bawa tudung mudah pakai , mudah cuci ,mudah terbakar *oke , jangan ikut* mudah matching dengan baju yang korang bawa. pastikan baju dan seluar korang tahan peluh dan bau juga ye , di Tawau juga cuaca macam kat KL la juga . Macam kes aku ada 6 helai baju langsung tak pakai , itu dikira menambah muatan beg kan .
 
 
*cilok dari en.google*




2) Jika korang membawa barang-barang besi atau tajam , kena masuk luggage , tak dibenarkan sama sekali masuk by hand sahaja . ( jika dah sampai airpot ) dan maklumkan kepada kawan-kawan lain *reminder * dan ikut prosedur yang dah termaktub kat airport tu .

3) Jangan tanya harga tambang lokasi jika korang menaiki taxi , tak kisahla mana pun lokasi korang berada . Selalunya pemandu taxi akan berfikir korang taktau lokasi di tuju , jadi time tula pemandu taxi akan mengenakan harga tambahan .Jadi lepas ni korang naik taxi bermeter :) dan masuk macam korang tau tempat nak di tuju tu .

4) Jangan abaikan tabiat memakai sunblock dan minum air dengan banyak ,kerana waktu becuti kita paling terdedah dengan penyakit selepas habis bercuti . misalnya batuk , demam dan kehabisan duit. Ehh ehhh..

5) Jika korang mengalami mabuk perjalanan , di sarankan makan sebelum 2 jam penerbangan atau perjalanan . Dan dan pulak time tu korang lapar jugak , carilah asam -asam , benda masam -masam auataupunnn  Nasi Lemak Air Asia . Eh terpromot pulak. Tapi aku dapat makan Nasi ayam jer.. GRRRR.. *Jika nak sangat merasa Nasi Lemak Air Asia Pak Naseer sila buat tempahan online supaya takdelah jadi kes kami berebut-rebut nak menu sama  *


 
 
Pak Nasser\'s Nasi Lemak
A traditional Malaysian favourite fragrant coconut rice served with Pak Nasser\'s special chilli sambal and tender chicken rendang, accompanied with traditional condiments of fried anchovies, crunchy groundnuts and half of a hard-boiled egg.
Note: Available on AK/FD/QZ flight only







Uncle Chin\'s Chicken Rice *yang ni aku makan *
A Chinese Malaysian favourite of fluffy seasoned rice served with roast chicken and accompanied with Uncle Chin\\\'s special secret chilli, ginger and garlic sauce.
 Note: Available on AK/FD/QZ flight only


6) Jika korang naik flight dan terasa macam pekak , nanti korang buat-buatla menguap supaya tekanan udara dalam telinga balance .

7) Jika korang terasa nak membuang dalam pesawat , bawak air mineral untuk bersuci . Sebab toilet dorang tak pakai air .

8) Dan untuk pelancong *kira pelancong la tu.. macam kita yang melebihi 85km , Islam itu memudahkan , korang boleh semak CARA SOLAT MUSAFIR  di sini .


Oke , itu coretan Tawau aku datang -part 1 . Dan Selamat bercuti !!
Nantikan entri lain pada tahun depan waktu yang sama . :)
Happy reading :)